Rafflesia cantleyi

Rafflesia cantleyi ialah spesies tumbuhan parasit dalam genus Rafflesia. Ia boleh ditemukan di Semenanjung Malaysia dan Pulau Tioman, sebuah pulau di pantai timur Semenanjung. Spesies ini hampir menyamai R. hasseltii, kecuali bilangan bintil pada cuping tenda bunga kedua-dua spesies tersebut. Ciri tersendiri lain R. cantleyi adalah kebolehannya membentuk bunga pada bahagian udara perumahnya iaitu Tetrostigma.[1]Pakma ini dinamakan sempena Nathaniel Cantley, kurator Taman Botani Singapura.

Berkaitan